Image

SOALAN LAZIM - APEL.A

BIL.
SOALAN
JAWAPAN
1
Apakah tujuan APEL.A?

APEL.A didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu, seperti ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sikap bagimenentukan tahap di mana seseorang individu telah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan, sebagai akses kepada sesuatu program pengajian dan/atau penganugerahan kredit.

APEL.A memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Pemberi Pengajian Tinggi (PPT). Secara umumnya, penilaian APEL.A melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.
2
Bagaimana hendak memohon APEL?
Permohonan dibuat secara dalam talian di http://www2.mqa.gov.my/APEL/
3
Apakah kriteria permohonan APEL(A)?

i. Program peringkat Ijazah Sarjana

Iaitu bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana, calon haruslah berumur 30tahun pada tahun permohonan dan memiliki kelayakan STPM atau Diploma atau setara dengannya serta mempunyai pengalaman yang bersesuaian.

ii. Program peringkat Ijazah Sarjana Muda

Iaitu bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda, calon haruslah berumur 21 tahun mulai 1hb Januari pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.

iii. Program peringkat Diploma

Iaitu bagi kemasukan ke program Diploma, calon haruslah berumur 20 tahun mulai 1hb Januari pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.

iv. Program peringkat Sijil

Iaitu bagi kemasukan ke program Sijil, calon haruslah berumur 19 tahun mulai 1hb Januari pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.
4
Apakah peringkat pengajian yang boleh dipohon menggunakan APEL(A)?
Buat masa ini penilaian APEL.A di Malaysia bertujuan untuk kemasukan ke PPT sahaja dan dibuka untuk EMPAT (4) peringkat kemasukan iaitu:
  1. Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3);
  2. Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4);
  3. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6); dan
  4. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7).
5
Adakah sijil APEL (A) setara dengan sijil program akademik di PPT?
Pensijilan APEL hanya boleh digunakan oleh pemohon untuk tujuan melanjutkan pelajaran ke PPT. Ianya bukanlah penganugerahan kelayakan sepertimana program akademik di PPT. Sijil APEL juga tidak boleh digunakan untuk tujuan pekerjaan.
Contohnya:
Sijil APEL bagi peringkat Sarjana (Tahap 7) hanya boleh digunakan untuk memohon kemasukan ke PPT bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana. Ianya bukanlah penganugerahan bagi program Sarjana seperti yang dikeluarkan oleh PPT.
6
Apakah program pengajian yang menawarkan syarat kemasukan menggunakan APEL(A)?
Semua program pengajian yang ditawarkan di PPT.
Manakala bagi program pengajian yang melalui penilaian oleh badan profesional adalah tertakluk kepada syarat dan keperluan badan profesional tersebut.
Bagi permohonan Sarjana (APEL T-7), sebanyak 30 bidang yangditawarkan seperti yang dipaparkan di pautan: